Jumat, 14 Oktober 2011

Komponen Elektro

Komponen elektronik adalah elemen fizikal penting dalam sistem elektronik. Setiap komponen mempunyai kesan langsung terhadap fungsi peralatan elektronik. Komponen  disambungkan antara satu sama lain dengan menggunakan pateri (solder) pada papan litar bercetak (PCB) untuk menghasilkan litar elektronik dengan fungsi tertentu.Contohnya litar penguat(amplifier),penerima gelombang radio dan litar pengubah arus AC ke DC.
Komponen yang disepadukan di dalam satu pakej dikenali sebagai litar bersepadu. ( Integrated Circuit) . Sebahagian dari komponen elektronik ialah perintang(resistor),kapasitor,diod dan transistor. Setiap satu komponen tersebut mempunyai fungsi berlainan dalam mengawal arus dan elektron dalam litar elektronik.
Saya akan menerangkan secara ringkas mengenai setiap komponen yang biasa digunakan dalam pembinaan litar.
1. Perintang (Resistor)
225px-3_Resistors
50px-Resistor_symbol_America.svg
Simbol resistor
resisitor memberi kesan langsung terhadap arus elektrik dan voltan. Ohm digunakan bagi mengukur rintangan setiap perintang. Untuk mengukur rintangan kita menggunakan Ohm meter.
Kita boleh mengetahui nilai  rintangan  dengan melihat pada kod warna yang melilit pada perintang.
Carta dibawah menunjukkan nilai bagi setiap warna.



Untuk mengetahui nilai rintangan pada perintah, kode warna dibaca bermula dengan warna pertama, kedua dan ketiga diikuti warna perak atau emas sebagai nilai toleransi.

Contohnya jika kita mahu mendapatkan perintang 250 Ohm.
Warna merah untuk 2, hijau untuk 5 dan dikalikan dengan sepuluh yaitu warna coklat untuk lilitan ketiga.  250 Ohm = merah,hijau,coklat.
Dikuti  warna perak jika nilai toleransi 10% atau emas 5%.
Coba anda dapatkan kode warna untuk perintah 10 K Ohm.
Jawabannya adalah – coklat,hitam,jingga.
Coba cari warna perintah yang bernilai
220 Ohm, 330 Ohm, 470 Ohm,            
1 K Ohm dan 8.2 K Ohm.

sumber : http://arduinostudio.wordpress.com/komponen-elektronik/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar